Sejarah SYS

Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah telah diasaskan penubuhannya oleh seorang dermawan dari India iaitu En.K.Malaiperumal pada tahun 1907. Sejarah sekolah ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap.Tahap pertama bermula dari tahun 1907 – 1910. Tahap kedua selama 41 tahun dari 1910 hingga 1951.ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Goverment English School. Pada 15 hb.Oktober, 1951 sekolah ini telah di tukarkan nama kepada Sultan Yussuf School (SYS) sempena nama D.Y.M.M Sultan Perak  yang ke-32 dan kekal nama itu sehingga sekarang.

KEUNIKAN SEJARAH SYS

  • Sekolah Inggeris pertama di Batu Gajah
  • Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu pernah menjadi pelajar.
  • Hari Penghargaan Sekolah setiap tahun dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak.
  • Tuan rumah Majlis Jamuan Rakyat Sempena Sambutan 100 tahun Batu Gajah.
  • Menerbitkan Buku Sejarah Batu Gajah pada tahun 1992.
  • Tuan Rumah Majlis Pelancaran Buku Tokoh-tokoh Batu Gajah dengan kerjasama Arkib Negara.
  • Sekolah Perintis IT (antara 15 sekolah terawal di   Malaysia) 1999
  • Antara tiga sekolah perintis di Perak dalam Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah tahun 2005
  • Sekolah Harapan Daerah Kinta  tahun 1999.
  • MS ISO 9001 : 2000 mulai 28 Disember 2007
  • Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Perak Jan 2009)

Lain-lain

1.  Sekolah Inggeris Pertama di Batu Gajah 1907.

2.  MS ISO 9001:2001- tarikh mula 28 Disember 2007 – 27 Disember 2010.

3.  Diluluskan sebagai sekolah kawalan JPN mulai 1 Januari 2008.

4.   Memiliki 2 dewan. Dewan baharu berhawa dingin, 100” x 70” dengan kapasiti 800 orang pelajar.

5.   Sekolah Inggeris Pertama di Batu Gajah 1907.

6.   Memiliki asrama lelaki dan perempuan.

7..  Kelas Khas Agama dan Rancangan  Khas.

8..  DYMM Sultan Perak bekas pelajar sekolah ini (Ketua Pelajar 1948).

9.  Setiap tahun Majlis Hari Penghargaan Sekolah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak atau Raja Muda selain merasmikan acara-acara lain bermula:

22.9.1984 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sultan Azlan Shah
15.3.1986 Tamasya Kejohanan Olahraga Sultan Azlan Shah
13.11.1988 Hoki Enam Sebelah Sultan Azlan Shah
27.10.1988 Hari Ucapan, Penyampaian Hadiah dan Perasmian Bangunan Asrama Puteri Raja Nazrin
24.10.1989 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Raja Nazrin
8.12.1990 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Raja Nazrin
14.12.1991 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Raja Nazrin
12.12.1992 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Raja Nazrin
18.12.1993 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Raja Nazrin
10.9.1994 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sultan Azlan Shah
5.8.1995 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sultan Azlan Shah
1.8.1998 Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Raja Nazrin
3.10.2000 Hari Penghargaan Sultan Azlan Shah
5.10.2001 Hari Penghargaan Raja Nazrin
16.6.2003 Pelancaran Buku tokoh Sejarah Batu Gajah Sultan Azlan Shah
9.8.2003 Hari Penghargaan Sultan Azlan Shah
10.7.2004 Hari Penghargaan Sultan Azlan Shah
30.7.2005 Hari Penghargaan Raja Nazrin
12.8.2006 Hari Penghargaan Raja Nazrin
4.8.2007 Sambutan 100 tahun SYS Sultan Azlan Shah
12.7.2008 Hari Penghargaan Raja Nazrin

10.   Menerbitkan buku Sejarah Batu Gajah 1992 Sempena 100 tahun Batu Gajah.

11. Pelancaran penerbitkan buku Tokoh-Tokoh Batu Gajah 2003 dengan kerjasama Arkib Negara.

12. Menerbitkan majalah Seabad SYS (1909-2007) sempena 100 tahun SYS.

13.  Mempunyai kelas tingkatan 6 sains dan 6 kemanusiaan.

14.  Mempunyai kelas pendidikan khas.

15.  Mempunyai Kelab Aero angkasa dan Kelab Golf.

16.  Program Sambutan 100 tahun SYS melibatkan masyarakat sekitar

antaranya;

–  Forum Perdana

–  Pertandingan memancing

–  Motor berkuasa tinggi

–  Pertandingan Melukis

–  Pertandingan golf

–  Jamuan rakyat

17.  Majlis Sukan telah diadakan sebanyak 76 kali melibatkan masyarakat

setempat dan sekolah- sekolah Daerah Kinta.

SMK Sultan Yussuf adalah antara sekolah  di Daerah Kinta Selatan  yang dicalonkan oleh PPD Kinta Selatan sebagai sekolah kluster. Seiring dengan100 tahun usia sekolah ini selain sebagai sekolah premier dan sekolah kawalan di dearah ini, wajarlah sekolah ini dicalonkan sebagai sekolah kluster.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *