LDK Tingkatan 6

Bertempat di Dewan Besar Sultan Yussuf dijalankan aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) bagi pelajar Tingkatan 6. Program bertujuan memberi perangsang kepada mereka untuk terus mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM nanti.

Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengahari. Semua guru tingkatan 6 terlibat.

MINGGU BAHASA

30 April 2012 bermulanya minggu bahasa.Pelbagai aktiviti dijalankan oleh Panitia Bahasa.

Aktiviti Bahasa Inggeris

Program dirasmikan oleh PK Pentadbiran En. Rostam Bin Abdul Razak di Dewan Besar Sultan Yussuf.

Acara perasmian

LAWATAN SMVLC

Seramai 6 guru dan 19 pelajar dari SM Vokasional Lebuh Cator telah membuat lawatan ke Pusat Sumber SMK Sultan Yussuf. Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan PK Pentadbiran,

PK1 berucap

Ucapan Guru Penyelaras PSS SMVLC, Taklimat PSS oleh GPM, Jamuan ringan

Jamuan Ringan

dan lawatan sekitar sekolah. Terima kasih kerana sudi hadir SMVLC.

Bergambar kenangan

MTQ Kinta Selatan 2012

Tarikh : 31 Mac 2012

Tempat : Dewan Sultan Yussuf, SMK Sultan Yussuf

Perasmi Penutup : Tn Hj Muhammad Bin Yahya, Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak

Th Hj Muhammad

Majlis MTQ

Alhamdulillah SYS berjaya menjuarai 3 acara daripada 9 acara Majlis Tadarus  Al Quran dan Festival Nasyid Daerah Kinta Selatan.

Johan dan Terbaik Solo

Acara yang dimenangi ialah Nasyid, Syarahan Lelaki,

Johan Syarahan

dan Hafazan Perempuan. Tahniah , kepada yang lain tahniah juga kerana mewakili SYS. Keseluruhan tempat kedua daerah..

Johan Hafazan Perempuan

KEM PBB KINTA SELATAN

Pos Raya- 23-25 Mac 2012 berlangsung Kem Perkhemahan Pasukan Badan Berunifom Daerah Kinta Selatan.

Sesi suaikenal

Seramai 110 murid dari pelbagai unit berunifom setiap sekolah telah menyertai disamping 20 guru. Sekolah yang menganjur SMK Dato’¬† Bendahara CM Yusuf, Tanjung Tualang berjaya menganjurkannya. Tahniah.

Sebahagian Khemah dan Guru

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

Bermula 11 Mac hingga 18 Mac 2012  cuti pertengahan penggal 1. Banyak aktiviti yang dijalankan oleh semua guru,kakitangan dan murid. Kebanyakan guru menghabiskan masa dengan keluarga samaada balik kampung halaman

latihan

, membuat lawatan

Lawatan Kota Kinabalu

, menanda kertas jawapan,kursus

Pembantu Makmal

perkhemahan atau melatih murid untuk sukan MSSD yang bermula pada 20 Mac nanti.

Semoga cuti kali ini memberi manfaat kepada semua.

Perkhemahan KRS