Mulai 1 Jun 2012 laman blog ini bertukar ke http://smksy.wordpress.com
Majlis Persaraan En. Tan Yock Chu
SELAMAT HARI GURU 2012
Pendaftaran Pra-U 2012
Seramai 255 pelajar mendaftar untuk sesi 2012/2013 pelajar tingkatan 6@Pra-U di Dewan Besar Sultan Yussuf,SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.
Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi dan majlis perasmian diadakan jam 11 pagi oleh Tuan Pengetua Tn Hj Saidin Osman.
Tahniah dan Selamat Datang..
LDK Tingkatan 6
Bertempat di Dewan Besar Sultan Yussuf dijalankan aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) bagi pelajar Tingkatan 6. Program bertujuan memberi perangsang kepada mereka untuk terus mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM nanti.
Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengahari. Semua guru tingkatan 6 terlibat.
MINGGU BAHASA
Baik pulih Dewan Warisan
Johan Kompang Daerah
28 April 2012 – Bertempat di Padang Letak kereta dihadapan Pusat Sumber,SMK Sultan Yussuf berlangsungnya Pertandingan Kompang Daerah Kinta Selatan 2012. Sebanyak 3 pasukan sekolah rendah dan 2 pasukan sekolah menengah telah menyertainya.
Johan Sekolah Rendah dimenangi oleh SK Toh Indera Wangsa Ahmad dan Johan Sekolah Menengah dimenangi olah SMK Sultan Yussuf. Tahniah..
JUARA LAGI
LAWATAN SMVLC
Seramai 6 guru dan 19 pelajar dari SM Vokasional Lebuh Cator telah membuat lawatan ke Pusat Sumber SMK Sultan Yussuf. Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan PK Pentadbiran,
Ucapan Guru Penyelaras PSS SMVLC, Taklimat PSS oleh GPM, Jamuan ringan
dan lawatan sekitar sekolah. Terima kasih kerana sudi hadir SMVLC.