May 09 2012

Pendaftaran Pra-U 2012

Published by under Makluman

Seramai 255 pelajar mendaftar untuk sesi 2012/2013 pelajar tingkatan 6@Pra-U di Dewan Besar Sultan Yussuf,SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.

Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi dan majlis perasmian diadakan jam 11 pagi oleh Tuan Pengetua Tn Hj Saidin Osman.

Tahniah dan Selamat Datang..

No responses yet

May 03 2012

LDK Tingkatan 6

Published by under Aktiviti

Bertempat di Dewan Besar Sultan Yussuf dijalankan aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) bagi pelajar Tingkatan 6. Program bertujuan memberi perangsang kepada mereka untuk terus mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STPM nanti.

Program bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengahari. Semua guru tingkatan 6 terlibat.

No responses yet

Apr 30 2012

MINGGU BAHASA

Published by under Aktiviti

30 April 2012 bermulanya minggu bahasa.Pelbagai aktiviti dijalankan oleh Panitia Bahasa.

Aktiviti Bahasa Inggeris

Program dirasmikan oleh PK Pentadbiran En. Rostam Bin Abdul Razak di Dewan Besar Sultan Yussuf.

Acara perasmian

No responses yet

Apr 29 2012

Baik pulih Dewan Warisan

Published by under Makluman

Dewan Warisan telah mula diperbaiki pertengahan Mac. Kerosakan berlaku apabila tiang sebelah atas runtuh..

Terkini

Semoga cepat siap dan banyak program dapat dijalankan disini.

n

Hari permulaan

No responses yet

Apr 28 2012

Johan Kompang Daerah

Published by under Kokurikulum

28 April 2012 – Bertempat di Padang Letak kereta dihadapan Pusat Sumber,SMK Sultan Yussuf berlangsungnya Pertandingan Kompang Daerah Kinta Selatan 2012. Sebanyak 3 pasukan sekolah rendah dan 2 pasukan sekolah menengah telah menyertainya.

Persembahan

Johan Sekolah Rendah dimenangi oleh SK Toh Indera Wangsa Ahmad dan Johan Sekolah Menengah dimenangi olah SMK Sultan Yussuf. Tahniah..

Johan

No responses yet

Apr 24 2012

JUARA LAGI

Published by under Uncategorized

Pasukan KRS SMK Sultan Yussuf telah menjuarai buat 2 tahun berturut-turut dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kinta Selatan tahun 2012. Pertandingan dijalankan di Arena Square, Batu Gajah. Ketua Platun juga memenangi Ketua Platun Terbaik. TAHNIAH..

Terbaik

No responses yet

Apr 12 2012

LAWATAN SMVLC

Published by under Aktiviti

Seramai 6 guru dan 19 pelajar dari SM Vokasional Lebuh Cator telah membuat lawatan ke Pusat Sumber SMK Sultan Yussuf. Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan PK Pentadbiran,

PK1 berucap

Ucapan Guru Penyelaras PSS SMVLC, Taklimat PSS oleh GPM, Jamuan ringan

Jamuan Ringan

dan lawatan sekitar sekolah. Terima kasih kerana sudi hadir SMVLC.

Bergambar kenangan

No responses yet

Apr 10 2012

JUARA BOLA BALING B18 MSSD

Published by under Kokurikulum

Buat pertama kalinya Pasukan Bola BalingĀ  Lelaki Bawah 18 tahun telah merangkul Juara dalam pesta Bola Baling MSSD Daerah Kinta Selatan. Tahniah

Juara

No responses yet

Apr 10 2012

CATUR TERBUKA IPOH

Published by under Kokurikulum

Pasukan catur Bawah 15 tahun telah merangkul tempat pertama, ke 3, ke-4 dan kelima dalam Kejohanan Catur terbuka Ipoh. tahniah.

Sebahagian pelajar

No responses yet

Mar 31 2012

MTQ Kinta Selatan 2012

Published by under Aktiviti

Tarikh : 31 Mac 2012

Tempat : Dewan Sultan Yussuf, SMK Sultan Yussuf

Perasmi Penutup : Tn Hj Muhammad Bin Yahya, Penolong Pengarah Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Perak

Th Hj Muhammad

Majlis MTQ

Alhamdulillah SYS berjaya menjuarai 3 acara daripada 9 acara Majlis TadarusĀ  Al Quran dan Festival Nasyid Daerah Kinta Selatan.

Johan dan Terbaik Solo

Acara yang dimenangi ialah Nasyid, Syarahan Lelaki,

Johan Syarahan

dan Hafazan Perempuan. Tahniah , kepada yang lain tahniah juga kerana mewakili SYS. Keseluruhan tempat kedua daerah..

Johan Hafazan Perempuan

No responses yet

Next »